Monday, December 6, 2010

TENTANG SYURGA.


              Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:   
                 
                                 Pada malam aku diperjalankan-isra'- ke langit, dipertunjukkanlah kepadaku semua syurga,maka aku melihat empat macam sungai:sungai susu,sungai air,sungai khamer dan sungai madu jernih. Sebagaimana firman Allah yang ertinya: "Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa,yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya,sungai-sungai dari air susu yang tiada berubah rasanya,sungai-sungai dari khamer(arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring".

                               Lalu aku bertanya kepada Jibrail: "Dari mana bersumber sungai-sungai ini dan kemana mengalir?".  "Mengalir ke kolam "Kautsar", tetapi aku tidak tahu dari mana bersumber",cuba tanyalah kepada Tuhanmu, kata Jibrail. Kemudian datanglah seorang malaikat dan berkata kepadaku . "Hai Muhammad!Pejamkanlah matamu". Tiba-tiba aku berada pada suatu pohon disisinya,aku melihat sebuah gubbah dari mutiara putih,pintunya dari yaqut hijau dan kuncinya dari emas merah.Jika dunia dan seisinya dikumpulkan dan diletakkan diatas gubbah itu, akan merupakan sebagai burung hinggap diatas gunung atau sebutir telur.Aku melihat sungai-sungai itu mengalir dari bawah gubbah.

                             Ketika aku hendak kembali ,berseru si malaikat agar aku masuk.Aku berkata"Bagaimana aku dapat masuk,sedangkan pintunya berkunci". Berkata si malaikat: "Kuncinya ada ditanganmu,yaitu "Bismillahirrahmanirrahim". Dengan "Bismillah" terbukalah pintu gubbah dan masuklah kedalamnya,di mana aku melihat dari keempat-empat sudutnya mengalirlah empat sungai itu. Sewaktu aku hendak  keluar, si malaikat menunjukkan sesuatu padaku,maka terlihat olehku tulisan "Bismillahirrahmannirahim ", di atas sudut-sudut gubbah dan aku melihat bahawa sungai air bersumber dari huruf "mim"-"Bismillah", sungai susu dari huruf "ha"-"Allah", sungai kahmer dari huruf "mim"-"Ar-rahman" dan sungai madu dari huruf"mim"-Ar-rahim",maka tahulah aku bahawa sumber sungai-sungai itu adalah "Bismillahirahmanirrahim". Kemudian Allah berfirman kepadaku:" Hai Muhammad! Barangsiapa dari ummatku menyebut Ku dengan nama-nama ini,akan Aku berinya minum dari sungai-sungai ini". 
                                                                                                                         (Misykatul-Anwar)



                    Dikatakan bahawa Nabi Adam A.S bersabda:   Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberi umat Muhammad empat kehormatan yang tidak diberikannya kepadaku: Kesatu,bahawa penerimaan taubatku berlaku di Mekah,padahal ummat Muhammad bertaubat di segala tempat dan diterima oleh Allah taubatnya. Kedua,bahawa aku dahulu berpakaian,kemudian ditelanjangi sesudah melakukan maksiat,sedang umat Muhammad bermaksiat dalam keadaan telanjang,kemudian diberi pakaian.Ketiga,bahawa tatkala aku bermaksiat dipisahkan aku dari isteriku,sedang umat Muhammad melakukan maksiat,tetapi tidak dipisahkan suami dari isterinya. Keempat,bahawa aku bermaksiat di dalam syurga lalu dikeluarkan,sedang ummat Muhammad bermaksiat di luar syurga,tetapi akan dimasukkan ke dalamnya jika bertaubat.
                                                                                                          (Tanbihul Ghafilin)                           

         Sampaikanlah daripada Rasulullah S.A.W itu walaupun satu ayat.               

No comments: