Sunday, October 17, 2010

Astro 2

Nak cerita pasal astro lagi ni,niat masuk astro ni sebenarnya nak tengok rancangan kegemaran aku aje. Dulu masa takde astro aku buka channel dari  negara jiran,kebetulan pulak aku duduk di selatan tanah air. Adalah advantage sikit. Bila dah ada astro ni bagai pucuk dicita ulam mendatanglah. Lagipun masa ada kejohanan sukan antarabangsa jarang  dapat tengok sebab tak ada sponsor dari mana-mana so sekarang dapatlah tengok sukan yang aku minat. Aku tak minat bola tapi badminton bolehlah. Sukan commonwealth baru-baru ni,puas tengok. Aku suka sukan renancg,lumba basikal,papan anjal,gimnastik juga badminton. Seronok dapat tengok atlet Malaysia bertanding terutamanya Bryan Lomas,dari dia kecil dulu aku tengok dia beraksi,sekarang dah besar.Aku harap bintang dia terus bersinar dan mengharumkan nama negara. Seronok tengok dia terjun dapat markah tertinggi hari tu 98.something. Tahniah buat Bryan. Buat Azizulhasni jangan putusasa. Tahniah juga buat para athlet yang lain kerana berjaya mencapai kejayaan dalam sukan commonwealth di India baru-baru ini.Terima kasih sekali lagi buat Astro juga buat suami tersayang.

Saturday, October 16, 2010

Astro

Terima kasih astro. Betullah macam iklan tu cakap macam-macam ada. Apa salahnya bayar lebih asalkan kita dapat tengok banyak rancangan yang menarik.Kat rumah ni baru aje pasang astro tak sampai pun setahun. mula-mula pasang yang biasa aje,masa sibuk world cup dulu my hubby  sibuk nak pasang astro beyond. Aku bantah juga sebab tv tak canggih,biasa aje.Nak kena tambah bayar pulak rm 20 lagi aku tak setuju. Last-last fikir lantaklah duit  dia,aku tumpang tengok aje.So masuk juga astro beyond akhirnya. Best juga banyak rancangan extra. La ni tambah lagi rancangan yang aku suka,syukur sangat.So thanks astro.Harap-harap akan ada rancangan yang lebih menarik pada masa akan datang.