Sunday, January 23, 2011

Menu Istimewa.

                                Nama aje menu istemewa,bagi orang lain mungkin biasa saja tapi bagi aku ianya cukup istemewa.Menu ini biasanya dihidangkan setiap hari jumaat waktu makan tengahari. Biasalah hari jumaat,duduk di asrama,budak-budak lelaki pergi sembahyang jumaat,yang tinggal students perempuan,bebas sebebas bebasnya.Satu dewan makan kita conquer,duduklah kat mana-mana,takde yang melarang.Biasalah depan budak lelaki,kena control kewanitaan.Hari jumaat memang istimewa.      

                    Dahulu nasi dimasak didalam kawah,maklumlah dimasak untuk pelajar yang ramai.Sekarang kalau diberi nasi kawah sebegitu mungkin tak termakan. Ikan caru digoreng  rangup kemudian dicicah gan kicap,makan pulak dengan taugeh masak lemak campur labu memang sedap.Kalau dirumah anak-anak suka kalau ada sambal tumis ikan bilis,memang membuka selera,lepas tu gorengkan ikan kering.Memang sedap hingga menjilat jari.....

Wednesday, January 12, 2011

My Dear Dairy....

                               
                                 
                                 This is not an ordinary dairy but it is extraordinary dairy. Tahun ni genapnyalah usianya 26 tahun bermula dari hari aku memilikinya.Tu tak termasuk tarikh dairy ini dibuat atau mula dipamerkan di kedai.  Kalau nak kira  semuanya,rasa-rasanya lebih 26 tahun.Believe it or not,you have to believe it. Fizikalnya masih baik kerana aku jaga baik-baik walaupun ada helaian-helaian mukasuratnya yang sudah koyak,maklumlah dah berusia.Bila ada yang koyak,aku tampal balik. Begitulah kisahnya... 

                                Berbalik pada kisah dairy ku ini,sebenarnya dairy ni bukan tempat aku meluahkan isi hati atau penuh dengan pengalaman hidup aku,ianya adalah autograf atau catatan sepatah dua kata dari teman-teman sekolah 25 tahun yang lepas. Selepas 5 tahun belajar,bermain,susah,senang bersama terasa seperti satu family. Berat hati jugak nak berpisah dengan teman-teman.So aku layangkan dairy ku ini untuk dicacatkan oleh teman-teman sebagai ingatan bila berpisah kelak. Insyallah,bila bertemu kembali dengan teman-teman lama bolehlah aku tunjukkan dairy ini untuk mengimbau kembali zaman persekolah yang telah lama berlalu.  

          P/S  Zaman persekolah,zaman yang paling indah yang tidak mungkin berulang lagi dalam sejarah hidup kita.Mungkin pada masa itu ianya bukanlah satu memori yang indah tetapi apabila usia semakin meningkat.Kita akan sedar zaman inilah zaman yang paling indah dalam hidup kita.Setiap zaman dalam hidup kita ada keindahannya yang tersendiri,kita cuma perlu menghargai setiap kenangan yang kita ada....

                        

Sunday, January 9, 2011

Cleaning Day....

                               Lama betul tak jenguk blog,rindu rasanya,So hari ini nak buat sikit cleaning kat blog yang dah bersawang macam rumah tinggal.Bukan maksud aku nak buat perubahan besar cuma hari ni nak menulis sikit kat blog aku ni. Rasa-rasanya sejak bukak sekolah,anak-anak pergi sekolah,ada banyak sangat masa terluang.Nak menulis kat blog ni tak ada idea dan mood.Jadi fikir punya fikir,banyak sangat masa aku yang terbuang begitu saja tanpa buat apa-apa. Part time job pun memanjang takde.Bermula hari ini aku nak isikan masa yang terluang ini dengan mengait. Nak kait apa ya!     

                             Selongkar balik paten-paten lama dulu. Nak mengait ni kena ada paten,benang kait juga jarum untuk mengait. Ada pun paten yang berkenan,so mission kali ni nak kait alas meja. Tak tahulah bila boleh siap,harap-harap siaplah.Sebenarnya hobi mengait ni dah lama,sejak dibangku sekolah rendah lagi.Tak pernah belajar pun,cuma tengok2 mak buat lepas tu cuba sendiri.Mengait ni yang penting pandai baca patern.Bila dah pandai insyallah pandailah mengait.Tapi perlu juga tahu asas-asas mengait ni.Jadi sekarang ni masa aku akan dipenuhi dengan menyiapkan kaitan alas meja aku.Bila dah siap nanti aku ku pamerkan kepada teman-teman.Doakan kejayaanku.

P/S   Macam nak gi peranglah pulak.....

Saturday, January 1, 2011

SALAM TAHUN BARU 2011.

                                Tahun baru ini,aku mulakan dengan kesibukan menguruskan persekolahan anak-anak. Bermula dari akhir tahun dan bersambung ke awal tahun segala-galanya tentang anak-anak. Tinggal 2 hari saja persekolahan akan bermula,semoga tahun ini anak-anak akan lebih rajin belajar dan berusaha dengan lebih tekun untuk berjaya dalam pelajaran. Harap-harap bukan ibu dan bapa sahaja yang teruja menyiap dan melengkapkan keperluan persekolahan anak-anak,biarlah anak-anak juga lebih teruja untuk belajar sempena tahun baru ini.

                              Sebagai ibu,aku sentiasa bersedia menyokong anak-anak dari belakang,menjadi tulang belakang yang kukuh untuk anak-anak bersandar dan bergantung harap. Moga tahun ini tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya dari segala segi terutamanya untuk anak-anak.Dua orang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun hadapan. Timbulkanlah kesedaran dalam diri anak-anak ini untuk berjaya dalam pelajaran. Lupakan dahulu hal-hal lain yang kurang penting dan tumpukan perhatian pada peperiksaan yang akan datang. Pesanan ini buat semua anak-anakku yang masih di alam persekolahan,timbalah ilmu sebanyak mungkin,jadikan diri kita orang yang berilmu kerana apabila ilmu penuh di dada kita akan jadi orang yang budiman,bertimbang rasa dan bertanggungjawab untuk diri,keluarga,masyarakat dan negara.Insyallah hidup kita akan senang,Juga jangan hanya mencari ilmu dunia,seimbangkan juga dengan ilmu agama untuksantapan rohani. Amin....