Tuesday, December 28, 2010

Marry Me,Mary....


                                                                                 Menonton kisah cinta tiga segi Wi Mary dalam drama korea "Marry me,Mary" amat terhibur rasa hati.Lucu tetapi banyak pengajaran yang boleh kita timba dari cerita tersebut.Hari ini tertarik dengan kata-kata Mary "Don't judge people by how they lives". Kata-kata yang amat menarik dan dalam maksudnya. Sama juga maknanya "Don't judge  people by how they look" juga "Don't judge a book by it's cover". Ada unsur-unsur tersembunyi dan dalam maksud kata-kata tersebut.Jangan menilai seseatu itu berdasarkan pandangan luaran sahaja gunakan juga mata hati untuk menilai sesuatu atau seseorang. Pandangan mata kasar tidak selalunya tepat.

                                           Nilaian setiap orang tidak sama.Tidak ada satu garis pengukur yang tepat untuk menilai seseorang. Ianya berbentuk subjektif. Cantik misalnya,sesuatu yang cantik  bagi kita tidak semestinya cantik bagi orang lain. Setiap individu ada tafsiran kecantikan mereka sendiri. Banyak benda yang tidak dapat kita nilai secara tepat seperti kekayaan,kecantikan,kebahagian,cinta,kasih sayang,suka,benci dan banyak lagi.

                                         Pendek kata,mata kasar kita tidak dapat menilai banyak benda atau perkara dalam dunia ini. Halusi setiap situasi dengan mata hati kita. Bukan kekayaan menentukan kebahagian setiap orang. Lain orang lain keperluannya dalam hidup ini. Nasib setiap orang juga tidak sama ada yang beruntung,ada terlebih untung,ada yang malang dan ada yang terlebih malang. Tidak ada seorang pun yang mahu hidup dalam kesusahan tetapi itulah hakikat kehidupan kita. Oleh itu bila melihat seseorang jangan sewenang-wenangnya kita meletakkan label kita sendiri. Kita tidak boleh menilai seseorang hanya dari melihat secara luaran sahaja. Banyak faktor perlu kita lihat dan kaji dalam menilai seseorang itu.

Sunday, December 26, 2010

HAPPY BIRTHDAY,SARAH...

                                Menoleh 12 tahun dahulu,teringat saat melahirkan anak yang ke 4 ini. Alhamdulillah bulan puasa,orang sibuk nak buka puasa,aku sibuk nak bersalin.Masa tu duduk kat rumah mak,anak dah ramai.Takde siapa nak jaga so balik kat rumah mak.Aku masa ni duduk kat Johor,mak duduk kat Langkawi,jauhkan.Anak-anak masa ni kecik lagi belum sekolah,tui yang boleh balik Langkawi. Sambung balik kisah nak bersalin tu,abah gan mak,entah sempat berbuka ke tak ,terkecoh-kacah menghantar aku ke hospital.Misi-misi pun agaknya tengah bersedia nak buka puasa agaknya.   
 
                           Alhamdulillah,tiba kat hospital terus masuk wad bersalin,tak payah tunggu lama. Bersalin pun tak sakit.Berkat bulan puasa agaknya.Baby selamat dilahirkan.Baby girl,berat 3 kg.Oklah tu,yang penting baby sihat. Bidan yang sambut baby aku tu cuma bidan pelatih aje,mula-mula risau juga tapi dia telah  melakukan tugasnya denganbaik sekali.Terima kasih juga buat mak gan abah kerana along selalu menyusahkan mak gan abah.  
 
                          Nak cerita tang bagi nama pulak,rasa-rasanya memang dah lama sukakan nama Sarah ni. Cuma tak berpeluang nak gunakan aje.Masa buat medical checkup tiap-tiap bulan,misi kat Ulu Melaka tu namanya Maisarah,comel dan kecik aje orangnya,tu yang kenan. Lepas tu memandangkan lahir betul-betul hari Krismas,teringin lak letak nama ala-ala orang putih campur Arab campur Melayu maka dapatlah nama Nur Maisarah,gabungan semuanya di atas. So baby girl yang baru lahir tu aku namakan NUR MAISARAH.
 
                         12 tahun dah berlalu,Sarah dah pun besar.Orangnya kecil,comel tetapi agak pemarah orangnya. Semalam,sempena hari lahirnya,sambutan hari lahir telah diadakan secara kecil2lan untuk famili member saje. Ada kelapangan dan kelebihan,buatlah apa yang patut untuk gembirakan hati anak. Biar  dia rasa ada orang yang ambil berat tentang diri mereka. Sarah "HAPPY BIRTHDAY",be a good girl and study hard...... Untungnya Sarah kerana orang lain dah tua tapi dia masih muda lagi....

Thursday, December 23, 2010

Kisah Ruru danJuju...

                                Semalam,seperti biasa tepat jam 6.45 petang duduk mengadap depan tv,tengok cerita TV Animal Farm (chn 393-Astro HD One-SBS). Dokumentari rangkaian cerita-cerita haiwan dari Korea.Memang jarang miss tengok cerita ni.Sangat menarik hati,kekadang sedih,kekadang gembira.Banyak pengajaran boleh diambil dengan hanya melihat gelagat,aksi juga kisah-kisah yang ditonjolkan dalam rancangan ini. 
 
                             Kisah Ruru dan Juju,tidak kurang menariknya.Ruru da Juju adalah pasangan angsa,adik beradik. Ruru si abang adalah seekor angsa yang normal,manakala Juju siadik mengalami kecacatan dibahagian leher menyebabkan ketidak seimbangan badan yang menyukarkan bagi Juju untuk bergerak. Kecacatan tersebut membataskan pergerakan Juju,bahkan untuk makan juga agak sukar. Kasih sayang si abang dan tuannya membolehkan Juju bertahan hingga sekarang,sedangkan doktor sendiri meramalkan riwayat Juju tidak panjang.
 
                             
                                 Menariknya kisah ini adalah semangat setiakawan juga persaudaraan yang diperlihatkan oleh Ruru sebagai abang kepadasi adik. Si abang dengan setianya menjaga si adik baik semasa tidur mahupun jaganya.Tidak membenarkan binatang lain menghampiri adiknya walau seinci juga tidak pernah meninggalkan sisi adiknya.Kalau si adik tidak makan dia juga tidak akan makan.Begitulah kasih sayang si abang terhadap adiknya. Kemana saja mereka berdua seperti seorang pengawal yang setia. Si adik seolah-olah faham akan keperihatinan abangnya. Sekiranya cuba untuk dipisahkan si abang akan berbunyi nyaring sambil berlari-lari mengejar adiknya,air mata sedih terlihat bergelinangan di matanya sambil melihat sayu adiknya. 
 
                           Melihat akan kisah Ruru dan Juju ini,sayu rasa hati.Sedangkan binatang sayangkan adiknya.Manusia sekarang berlawanan pula perangainya.Binatang lebih manusia dari manusia,manakala manusia lebih binatang dari binatang. Jadilah manusia yang berperangai seperti manusia,saling sayang menyanyangi sesama saudara mahu pun teman. Jangan nanti kita akan berasa malu dengan haiwan kerana kasih sayang  dan setiakawan yang ditunjukkan oleh haiwan itu lebih hebat dari manusia itu sendiri.Renung-renung  kan lah .Di manakah kita bila membicarakan soal kasih dan sayang.......


Wednesday, December 22, 2010

Bila ada hati yang terluka......

                                Apabila kita menjalinkan sesuatu perhubungan,tidak kira hubungan yang sebagaimana pun sama ada hubungan persahabatan,persaudaraan ataupun suami isteri,kita tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Sama ada melalui pertuturan kata-kata,penulisan ataupun lenggok bahasa badan kita. Semuanya bergantung kepada nilaian dan tanggapan orang yang mendengar,membaca atau melihatnya. 
 
                            Terkadang dalam gurauan yang selembut sutera sekali pun,gurauan itu kadang-kala boleh menyakitkan hati orang lain,walhal kita tidak bermaksud apa-apa dengan gurauan tersebut. Oleh kerana itu,kadang-kala perlu kita nilai sensitiviti seseorang dalam menilai gurauan kita itu.Jangan sampai menyentuh hati kecil seseorang yang letaknya jauh disudut hati. 
 
                              Dalam berbicara terkadang ada kasarnya ada halusnya,ada manisnya ada pahitnya.Dalam pengluahan rasa hati melalui pena,ada tajamnya ada  tumpulnya,ada indahnya ada buruknya.Dalam mempamirkan perasaan melalui bahasa tubuh badan,ada yang mudah difahami dan ada yang sukar untuk diterjemahkan.Semuanya bergantung kepada kefahaman dan persepsi orang yang menerimanya.     
 
                           Hati manusia tiada siapa dapat membaca. Apa yang dilihat dari luaran tidak semestinya sama dengan apa yang ada di dalam.Jangan disangka orang yang nampak lembut itu lemah.Hatinya mungkin sekeras batu.Begitulah sebaliknya. Pendek kata berfikirlah sewaras-warasnya sebelum melakukan sesuatu agar tidak menyakitkan hati seseorang kerana lain orang lain persepsinya dalam menilai sesuatu perkara.Mungkin indah bagi kita tapi jelek bagi orang lain.Tepuk dada tanya selera......

Tuesday, December 21, 2010

Bila budak berkata-kata....

                                Apa yang kita fikirkan bila budak berkata-kata   
                                    Apa yang keluar dari mulut seorang budak    
                                              adalah kata-kata yang ikhlas  
                                                             serta jujur     

                              Apa  yang terlintas di hati mereka, itulah yang mereka luahkan   
                                    Jadi terkadang  sebagai orang dewasa,tak perlulah 
                                         ambil hati dengan kata-kata seorang budak kecil   
                                            Kekadang apa yang diperkatakan itu  
                                                             ada benarnya.             

                               Dalam hidup kita ini ada kalanya kita perlu dengar luahan hati si kecil. 
                                          Renung-renungkan,jangan mudah terasa hati.
                                               Kerana kata-kata si kecil adalah 
                                        kata-kata ikhlas tanpa maksud terselindung. 
                                                   Ibarat kain putih tak tercemar.  

                                                                Fikir-fikirkanlah...

Sunday, December 19, 2010

Kekawan gi reunion,aku..........

                               Semalam, kekawan lama berjumpa buat pertama kalinya setelah 25 tahun berpisah apabila masing-masing menamatkan pelajaran di form 5. Bayangkanlah 25 tahun,satu jangka masa yang panjang. Masing-masing  telah berjaya dalam hidup dan keluarga,dulu comel-comel belaka,sekarang makinlah comel seiring dengan peningkata usia. Aku tak dapat hadir  jadi tumpang gembira bila tengok gambar teman-teman lama.    
                           
                             Paling tidak mengembirakan hati,teman-teman berjumpa,aku pulak terpaksa berbaring di katil menahan kesakitan yang teramat sangat.Dah lah hati sedih tak dapat jumpa kawan,sakitlah pulak. Pagi-pagi bangun dah terasa sakit,apa hal lah pulak sakit.Tengok-tengok,pipi dah bengkak dan tembam.Gusi bengkak. Dah macam pipi Noraniza Idris lah pulak. Dah tu pulak bengkaknya sebelah saja.Hai! sesajalah nak cari pasal. Dah berbiji-biji pil aku telan tak kebah-kebah.  

                             Pagi tadi bangun tengok makin besar bengkak kat pipi. Ubat beli semalam dah nak habis. Baru tadi b eli ubat lagi,tengok pulak besok,baik ke tidak. Esok ada program ,kena pergi sekolah,beli buku sekolah anak. Kalau tak baik juga,nampaknya kena posponelah beli buku. Malu nak keluar rumah dengan pipi sebelah yang bengkak ni.

                              Tulah kekawan gi gathering,sedangkan aku menghabiskan masa menahan kesakitan yang amat.Nasib badan.....

Saturday, December 18, 2010

Pos anak balik kampung.

                                    Cuti sekolah dah lama bermula dan sudah hampir kepenghujungnya,anak-anak bising kerna tak dapat kemana-mana.Seperti biasa,cuti sekolah bukanlah musim yang terbaik buat suami ku untuk membawa anak-anak berjalan-jalan makan angin.Faham-faham ajelah,cuti sekolah inilah orang ramai mengambil peluang untuk membawa keluarga untuk "Cuti-cuti Malaysia". 
 
                                     Kebetulan pulak,abah ada balik ke kampung. Abah balik naik motor dari Melaka ke kampung seorang diri kerana ada urusan yang perlu dibereskan.Peluang ini diambil oleh anak aku untuk balik ke Melaka menumpang atoknya. Geliga juga otak anak aku ni,kalau nak tunggu abahnya hantar,tak tahulah bila agaknya. So selamatlah dia balik ke kampung bersama atoknya.  
 
                                       Hari ni pulak aku mengepos,dua lagi anak aku balik ke kampung.Kali ni aku poskan pakai bas pulak.Beriya-iya sangat nak balik ke kampung,kesian pulak tengok.Orang lain dah lama balik ke kampung,jadi aku ambil peluang ini untuk hantar 2 orang anak aku balik ke kampung. Perjalanan pergi ke stesyen bas Larkin terasa amat panjang,kesian tengok anak yang pening kepala naik kenderaan awam kerana tidak biasa. Tetapi keazaman untuk balik ke kampung menguatkan semangatnya melawan kepeningan kepala.Tiba di Larkin,belikan ubat tahan mabuk. 
 
                                      Lega rasa hati apabila melihat mereka naik bas ekspres menuju ke destinasi. Sebelum bertolak pastikan dulu agar ada orang yang menanti mereka di Melaka Sentral.Takut meraung pulak anak-anak aku itu.Alhamdulillah,setibanya mereka di sana ,adik aku sudah pun ada menunggu mereka. Agaknya  bagaimana perasaan anak aku itu dapat balik berjumpa wan,opah,bapa dan mak saudara mereka.Rasa-rasanya semua perasaan bercampur aduk,suka,sedih,berdebar juga takut.First time naik bas tanpa ibu dan bapa. Ini juga merupakan pengalaman buat mereka tuk diceritakan pada kawan-kawan. 
 
                                    Insyallah,kami akan menyusul balik ke kampung apabila waktu mengizinkan,untuk membawa hero-hero aku balik ke johor.Harapan aku semoga mereka menjaga tingkah laku mereka disana,jangan menyusahkan wan dan opah mereka.Selamat bercuti buat anak-anakku.Ateh,tolong tengok-tengokkan hero-hero kakak kau ni.

Sunday, December 12, 2010

Kenapa ya aku tak kerja......

                                Dua tiga ari ni semasa sibuk mencari teman-teman sekolah ni buat aku terfikir,kenapa agaknya tak terlintas kat kepala otak ni nak kerja. Memang tak terfikir langsung nak kerja masa muda2 dulu. Bukannya takde kelulusan.Aku tak de wawasan ke? Tak tahulah.... 
                                
                                Kekawan sekolah lama dulu semuanya bekerja,jealouslah pulak. Baut apa nak menyesal pilihan di tangan aku. Aku yang buat pilihan. Aku rasa apa juga yang aku buat,itulah yang terbaik buat aku. Masa habis belajar dulu,tak banyak pilihan pekerjaan tuk aku. Yang ada jadi cikgu,aku memang tak minat jadi cikgu ni (sorry ya),dah dua kali ambil borang tapi tak antar2. Kena sambung belajar lagi,tu yang boring. 
                           
                            So nak kasi nasihat buat,adik2 atau anak2 kat luar tu,fikir panjang tuk masa depan.Kalau ada peluang tuk bekerja,ambil peluang tu ketika masih muda. Dulu  ianya adalah satu fenomena biasa kalau perempuan duduk rumah tapi sekarang zaman dah berubah,cari flatform untuk memajukan diri kita.Bila kita maju,anak-anak akan maju,keluarga juga akan turut maju maka hidup akan lebih bahagia.Pandai2lah bahagi masa untuk kerjaya dan keluarga.   
                       

                            P/S   Teh,tahniah.Konvokan tak lama lagi. Kalau dapat kerja,kerja rajin2. Along 
                                   tumpang gembira.Good Luck.AJA AJA FIGHTING...

Friday, December 10, 2010

Gathering Invitation....

                                Sabtu depan 18 hb Disember ni,aku dapat invitation dari teman -teman lama. Mererka buat reunion gathering specially untuk batch aku.Rupa2nya mereka ni dah lama buat perjumpaan ni tapi kecil2lan saja.Baru tahun ni nak buat besar sikit. Aku,baru aje dapat tahu.Selama ni tak teringat pun nak cari member2 lama ni.Tup2 hujung tahun ni lah baru teringat kat kekawan. Macamana agaknya rupa kawan2 aku ni.Maklumlah masing2 dah berusia. Masa belajar dulu bebudak lagi. 
 
                               Malangnya aku tak dapat pergi kat gathering tu. Aku tak dapat nak balik Melaka,my hubby busylah minggu ni. Frustlah juga. Insyallah kalau mereka buat gathering lagi aku akan berusaha untuk pergi.Jumpa kekawan lama,tentu seronok.Rasa-rasanya dah berpuluh tahun tak jumpa,banyak yang berubah,banyak yang hendak diceritakan.Satu hari nanti aku mesti jumpa mereka juga. Ini azam aku.....

Thursday, December 9, 2010

Entry Oh Entry

                                Sebenarnya bila cerita pasal entry ni pecah kepala ni, memandangkan aku dah lama meninggalkan alam sekolah,kepala otak ni dah tak boleh fikir banyak,rasa2nya dah karat tahap gaban ni.So apa yang tertulis tu memanglah tahap suam-suam kuku,tak menarik nak dibaca,cuma harap ada juga yang sudi membacanya.  Sampai sekarang tak dapat nak memikirkan ayat2 yang gempak atau boleh menggegar dunia. Maaflah ya! aku dah tahap "ajumma" tapi teringin sangat nak menulis. Mana nak boleh setanding dengan mereka2 di luar sana.Fikir banyak2 sangat nanti,naik pulak tekanan darah ni,so  aku buat apa yang termampu aje. 

                             Bulan Disember ni bulan sibuk nak menguruskan persekolah anak2 pada tahun depan.Tak lama lagi kena beli peralatan persekolahan juga sibuk dengan pembayaran yuran serta pendaftaran sekolah bagi yang berpindah ke sekolah baru. Harap tahun depan anak2 aku akan lebih tekun belajar kerana ada dua orang akan menduduki peperiksaan PMR gan SPM.  AJA AJA FIGHITING...

Part Time Job.

                           Aku dah lama juga buat part time job ni,walaupun dapat tak banyak,sekurang2nya ada juga keja nak buat.Aku buat part time ni kat rumah aje,ada orang hantar. Kalau dulu2 banyak juga dapat tapi sejak ekonomi meleset ni memang terjejas income aku.Tapi apa boleh buat,bukan aku yang menentukannya. Sejak sebulan,dua ni lagi,boss jarang sangat datang,takde joblah tu. Tapi aku sabar ajelah,nama pun part time. Alangkah bagusnya kalau aku ni muda lagi,boleh cari kerja kat luar.Tu lah zaman muda2 dulu tak nak kerja.  
 
                        Sebenarnya nak cerita pasal anak aku denganpart time job dialah. Mula2 dia cakap nak kerja,aku tak bagi juga. Aku suruh duduk rumah aje,belajar memasak.Tapi tahu ajelah bebudak zaman sekarang bukan suka duduk rumah tak adventure. Aku marah sebab dia tu sekolah lagi,takut dah sedap pegang duit nanti tak nak sekolah pulak.Aku fobia betul kalau dengar tak nak sekolah ni. 
 
                        Last2 dengan campur tangan abahnya,dia pun dibenarkan berkerja, masa cuti sekolah saje. Tahun lepas masa tunggu results PMR pun dia dah kerja,tapi dekat dengan rumah,nampaklah dia pergi-balik kerja. Bila difikir2kan bagus juga bebudak ni cari kerja,biar dia tahu susahnya nak cari duit.Jangan goyang kaki mintak duit aje. Cuma harap2 dia pandai jaga diri dalam pergaulan seharian bersama teman2.Sebagai ibu dan bapa,anak dah besar macamana pun mereka tetap macam anak2 kecil yang perlukan perhatian setiap masa kerana mereka disayangi. Marah dan teguran dari ibu bapa bukan kerana tidak suka tetapi kerana kita,ibu dan bapa sangat sayang pada mereka.Harap mereka faham niat baik seseorang bergelar ibu dan bapa, Kita mengharapkan segala yang terbaik untuk anak2 kita.INSYALLAH.

Wednesday, December 8, 2010

Dua Ekor Kucing Berlari.....

                                Kat rumah ni kalau tak bising dengan suara dan keletah anak2 sendiri,ada  dua lagi anak2 angkat yang memang tak boleh duduk diam. Kira peneman jugalah tu time anak2 takde. Macamana boleh terbela anak2 angkat ni,anak sendiri pun dah ramai,berderet2. Kesian punya pasal,lagi pun mereka ni tak banyak kerenah .Beri makan,bila dah kenyang tidur,bila lapar tu yang susah sikit,pekak telinga. Bila rasa nak bermain ,habis satu rumah kena ronda, lari sana,lari sini,semua lompat sana,lompat sini,silap2 kalau kena muka bergaritlah pipi.

                          Mereka nilah peneman kat rumah kalau anak2 gi sekolah. Yang hitam-Si Calit. Yang putih-Joe-end. Si Calit tak suka keluar rumah,fobia kalau nampak orang yang tak dikenali,kalau yang putih memang peramah,suka duduk kat luar,time makan gan tidur aje baru balik rumah. Yang putih anak2 gelar rabbit sebab badannya betul2 macam rabbit,gemuk lagi gebu. Yang hitam tu pulak memang fotogenik. Inilah dia dua ekor anak angkat yang sudah seperti keluarga sendiri.

Tuesday, December 7, 2010

          

                                 REFLECTIONS OF BEAUTIFUL MORNING.     

                                The sun rises above the hillerest,  
                                As does the joy of my hearts; 
                                Rays of warmth and love, 
                                From her I will never depart.  

                                Fresh dew upon the grass,
                                Young birds chirp in their nests;  
                                I watch her gently sleep,
                                My love to her silently profess. 

                                I enjoy the stillness and calm, 
                                Watching as she smiles and dreams;
                                She brings me stillness and peace, 
                                Like that of a slow flowing stream. 

                               My heart and soul flow with love,
                               And I smile as I  quietly reflect;  
                               I've been handed a sweet princess,
                               A sweet princess to love and protect. 

                               A vow to my self I make, 
                               As she quietly sleeps away;  
                               To love and always cherish her, 
                               Until my last breath, 
                               Until my last day.                    

                                                               (Micheal Brieck)

                      Penuhkan hari2 yang mendatang dengan cinta dan kasih sayang,moga kita menjadi insan pengasih,peyayang dan disukai oleh ramai orang. Jadilah manusia yang prihatin,bertimbangrasa dan penuh dengan tanggungjawab agar kita sedar fungsi kewujudan kita di muka bumi Allah ini....

WHAT IS LOVE.

                      Love is a shy smile, 
                          a sweet hello,  
                          a soft carees....  

                      Love is two hand entwined, 
                           a  lingering kiss,  
                           a swelling in the heart.....      

                      Love is undenaiable,  
                           unforgetable, 
                           unimaginable
                           and what every hearts yearns
                           for.....

IT IS ALL ABOUT LOVE.

     A stranger you were once 
     Then, with a gentle look you took
     my hand
     As our lives engaged 
   you lit my life and held both my hands 
     Now that decades have passed, 
     our souls have indeed become one. 
     How fortunate we are 
     that we have found the love so true  
     that everyone dreams about.....

           - Laura  Veronica  Merodio-

Monday, December 6, 2010

TENTANG SYURGA.


              Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:   
                 
                                 Pada malam aku diperjalankan-isra'- ke langit, dipertunjukkanlah kepadaku semua syurga,maka aku melihat empat macam sungai:sungai susu,sungai air,sungai khamer dan sungai madu jernih. Sebagaimana firman Allah yang ertinya: "Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa,yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya,sungai-sungai dari air susu yang tiada berubah rasanya,sungai-sungai dari khamer(arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring".

                               Lalu aku bertanya kepada Jibrail: "Dari mana bersumber sungai-sungai ini dan kemana mengalir?".  "Mengalir ke kolam "Kautsar", tetapi aku tidak tahu dari mana bersumber",cuba tanyalah kepada Tuhanmu, kata Jibrail. Kemudian datanglah seorang malaikat dan berkata kepadaku . "Hai Muhammad!Pejamkanlah matamu". Tiba-tiba aku berada pada suatu pohon disisinya,aku melihat sebuah gubbah dari mutiara putih,pintunya dari yaqut hijau dan kuncinya dari emas merah.Jika dunia dan seisinya dikumpulkan dan diletakkan diatas gubbah itu, akan merupakan sebagai burung hinggap diatas gunung atau sebutir telur.Aku melihat sungai-sungai itu mengalir dari bawah gubbah.

                             Ketika aku hendak kembali ,berseru si malaikat agar aku masuk.Aku berkata"Bagaimana aku dapat masuk,sedangkan pintunya berkunci". Berkata si malaikat: "Kuncinya ada ditanganmu,yaitu "Bismillahirrahmanirrahim". Dengan "Bismillah" terbukalah pintu gubbah dan masuklah kedalamnya,di mana aku melihat dari keempat-empat sudutnya mengalirlah empat sungai itu. Sewaktu aku hendak  keluar, si malaikat menunjukkan sesuatu padaku,maka terlihat olehku tulisan "Bismillahirrahmannirahim ", di atas sudut-sudut gubbah dan aku melihat bahawa sungai air bersumber dari huruf "mim"-"Bismillah", sungai susu dari huruf "ha"-"Allah", sungai kahmer dari huruf "mim"-"Ar-rahman" dan sungai madu dari huruf"mim"-Ar-rahim",maka tahulah aku bahawa sumber sungai-sungai itu adalah "Bismillahirahmanirrahim". Kemudian Allah berfirman kepadaku:" Hai Muhammad! Barangsiapa dari ummatku menyebut Ku dengan nama-nama ini,akan Aku berinya minum dari sungai-sungai ini". 
                                                                                                                         (Misykatul-Anwar)



                    Dikatakan bahawa Nabi Adam A.S bersabda:   Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberi umat Muhammad empat kehormatan yang tidak diberikannya kepadaku: Kesatu,bahawa penerimaan taubatku berlaku di Mekah,padahal ummat Muhammad bertaubat di segala tempat dan diterima oleh Allah taubatnya. Kedua,bahawa aku dahulu berpakaian,kemudian ditelanjangi sesudah melakukan maksiat,sedang umat Muhammad bermaksiat dalam keadaan telanjang,kemudian diberi pakaian.Ketiga,bahawa tatkala aku bermaksiat dipisahkan aku dari isteriku,sedang umat Muhammad melakukan maksiat,tetapi tidak dipisahkan suami dari isterinya. Keempat,bahawa aku bermaksiat di dalam syurga lalu dikeluarkan,sedang ummat Muhammad bermaksiat di luar syurga,tetapi akan dimasukkan ke dalamnya jika bertaubat.
                                                                                                          (Tanbihul Ghafilin)                           

         Sampaikanlah daripada Rasulullah S.A.W itu walaupun satu ayat.               

Saturday, December 4, 2010

Kisah si penajam batu.

                              Agak-agaknya apa yang terlintas di kepala bila baca tajuk ni ya? Si penajam batu,apa agaknya benda tu ya? Ini adalah kisah waktu kecilku dulu, ada ketikanya,terdengar dari jauh laungan "Tajam batu,tajam batu". Curiga dan penuh rasa ingin tahu lalu, ramai2 berserta kekawan yang lain berlari ke arah suara. Terlihat seorang lelaki India dengan beg berselimpang di bahu,melaung2 "Tajam batu,tajam batu" sambil pergi dari satu rumah ke satu rumah. Kalau ada yang inginkan khidmatnya,dia akan berhenti dan jalankan tugasnya.
 
                            Apa agaknya tugas si penajam batu ni ya? Sebenarnya, Si penajam batu ini memberi khidmat menajamkan batu giling yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Sekitar tahun 60an,70an  dulu, batu giling berfungsi sama seperti blender pada masa sekarang.Dahulu batu giling adalah alat yang digunakan bagi penyediaan bahan2 memasak.Ianya merupakan alat yang penting bagi menghancurkan rempah ratus atau lada kering dalam penyediaan memasak. Terdiri dari 2 bahagian iaitu batu hampar(batu induk) dan batu penggiling(anak batu). Bahan2 yang hendak digilling diletak ditengah2 batu induk,lalu anak batu pula digerakkan ke atas dan kebawah hinggalah bahan2 tersebut hancur dan lumat. Menggunakankan batu gilling ini tangan mudah terasa pijar kerana sewaktu menggiling tangan akan tersentuh bahan gilingan.
 
                           Ada ketikanya, bahan2 masakan tidak begitu lumat,ini bermakna batu induk sudah hilang fungsinya.Bagi memperbetulkan keadaan,khidmat si penajam batu diperlukan. Bagaimana caranya si penajam batu menajamkan balik batu yang kurang berfungsi tu,aku sendiri pun tak berapa ingat. Mungkin di rumah kita masih ada lagi batu penggiling ini kerana ia adalah warisan nenek moyang kita dulu.Anak2 sekarang mungkin tidak tahu apakah fungsi dan cara penggunaan batu giling ini. Hilangnya penggunaan si batu giling maka hilanglah juga kisah Si Penajam Batu.
 
                           Santai jap dan jawap soalan------kenapa bila kita naik teksi,pemandu teksi tak ambil duit
                                                                              dulu? Sila jawap......

Thursday, December 2, 2010

JANTUNG HATIKU.......

                        Aku memang suka makan jantung pisang,rebus lepas tu cicah dengan air asam. Kalau makan jantung ayam pun sedap juga,goreng kunyit aje cukup. Aku bukannya nak cerita pasal bab makan2 ni, sebenarnya nak cerita pasal pengarang jantung,jantung hatiku yang paling kecik. Ni musim cuti2 sekolah ni tak betah dia kat rumah,main je . Kalau tak panggil suruh balik,jejak malam baru nampak batang hidung. Tahun ni dia baru darjah satu. Biasalah bila cuti sekolah,semuanya cuti. Pada hal cikgu dah kasi buku suruh tengok2 buku tu,berkulatlah buku .    
                        Nak kongsi cerita waktu aku nak bersalinkan si kecik ni. 7 tahun lepas punya cerita, 24hb 4 memang ada temujanji dengan doktor kat HSA,Johor Baharu,ada masalah sikit gan kandungan.Doktor kata songsang,lepas tu baby agak besar,suspek tak boleh lahir normal. Malam 23hb dah rasa sakit nak bersalin,tahan juga sebab tak suka duduk hospital lama2.Bila dah tak tertahan cakap dengan hubby,dah sakit ni. Punyalah lawak hubby aku ni,tahanlah esok aje kita pergi,katanya. Dalam ati aku,betul ke tak betul orang ni,ade ke aku nak terberanak ni nak suruh tahan. Dia nak tengok bola rupanya. Tak tahan ni kata aku. Okaylah,sempat juga bawa apa2 yang patut. Alhamdulillah. 

                      Dalam   perjalanan nak gi hospital lak punyalah boleh terlajak,nasib baik tak banyak kereta. Ni gabra abis ni agaknya . Sebelum ni aku kalau nak bersalin balik rumah mak. Kira2nya first timerlah ni. Tu yang terlebih gabra. Pendekkan cerita maka selamatlah aku bersalin selepas hampir 12 jam dalam labour room,doktor suruh bersalin normal tapi tak boleh.Last2 kena bedah juga aku,baby aku boy,beratnya 3.8 kg. La ni jantung hatiku ini dah pun berusia 7 tahun.

NARNIA; THE CHRONICLES OF NARNIA.THE VOYAGE OF THE DAWN TREADER.


              Storylines----- About Lucy and Edmund Pevensie return to Narnia with their cousin Eustace where they meet up with Prince Caspian for a trip across the sea aboard the royal ship "The Dawn Treader" Along the way they encounter dragons,dwarves,nerfolk and a band of lost warriors before reaching the edge of the world. Their taglines are:
                   Return to magic
                   Return to hope   
                   Return to Narnia
             This story is full of adventures and fantasy.


*bila bercerita tentang filem Narnia ni,teringat aku pada awal2 kemunculan cerita ini. Terdapat adengan dimana ,mereka bermain sembunyi2 didalam almari,anak2 aku selepas melihat adengan tersebut berangan jadi pelakon kot.Pakat ramai2 masuk dalam almari,habis para baju aku patah dikerjakannya. 
         Cerita ni belum ditayangkan lagi,bila dah ditayangkan aku mesti tengok punya,lagi2 cuti sekolah ni.....

Wednesday, December 1, 2010

SANTAPAN PAGI.

                                            *****Bila Malaikat Mencabut Nyawa*****

     Baginda  Rasulullah S.A.W bersabda:  

    "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang  kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain,masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu". 

    Sambung Rasulullah S.A.W lagi:    

     "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,maka malaikat  Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya.Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.  

     Kalau orang yang nazak itu orang munafik,maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap di sebelah kirinya.Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya.Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."
     Semoga catatan ini sedikit sebanyak meninggalkan bekas ke dalam hati kita semua. INSYALLAH.