Thursday, December 23, 2010

Kisah Ruru danJuju...

                                Semalam,seperti biasa tepat jam 6.45 petang duduk mengadap depan tv,tengok cerita TV Animal Farm (chn 393-Astro HD One-SBS). Dokumentari rangkaian cerita-cerita haiwan dari Korea.Memang jarang miss tengok cerita ni.Sangat menarik hati,kekadang sedih,kekadang gembira.Banyak pengajaran boleh diambil dengan hanya melihat gelagat,aksi juga kisah-kisah yang ditonjolkan dalam rancangan ini. 
 
                             Kisah Ruru dan Juju,tidak kurang menariknya.Ruru da Juju adalah pasangan angsa,adik beradik. Ruru si abang adalah seekor angsa yang normal,manakala Juju siadik mengalami kecacatan dibahagian leher menyebabkan ketidak seimbangan badan yang menyukarkan bagi Juju untuk bergerak. Kecacatan tersebut membataskan pergerakan Juju,bahkan untuk makan juga agak sukar. Kasih sayang si abang dan tuannya membolehkan Juju bertahan hingga sekarang,sedangkan doktor sendiri meramalkan riwayat Juju tidak panjang.
 
                             
                                 Menariknya kisah ini adalah semangat setiakawan juga persaudaraan yang diperlihatkan oleh Ruru sebagai abang kepadasi adik. Si abang dengan setianya menjaga si adik baik semasa tidur mahupun jaganya.Tidak membenarkan binatang lain menghampiri adiknya walau seinci juga tidak pernah meninggalkan sisi adiknya.Kalau si adik tidak makan dia juga tidak akan makan.Begitulah kasih sayang si abang terhadap adiknya. Kemana saja mereka berdua seperti seorang pengawal yang setia. Si adik seolah-olah faham akan keperihatinan abangnya. Sekiranya cuba untuk dipisahkan si abang akan berbunyi nyaring sambil berlari-lari mengejar adiknya,air mata sedih terlihat bergelinangan di matanya sambil melihat sayu adiknya. 
 
                           Melihat akan kisah Ruru dan Juju ini,sayu rasa hati.Sedangkan binatang sayangkan adiknya.Manusia sekarang berlawanan pula perangainya.Binatang lebih manusia dari manusia,manakala manusia lebih binatang dari binatang. Jadilah manusia yang berperangai seperti manusia,saling sayang menyanyangi sesama saudara mahu pun teman. Jangan nanti kita akan berasa malu dengan haiwan kerana kasih sayang  dan setiakawan yang ditunjukkan oleh haiwan itu lebih hebat dari manusia itu sendiri.Renung-renung  kan lah .Di manakah kita bila membicarakan soal kasih dan sayang.......


No comments: