Saturday, December 4, 2010

Kisah si penajam batu.

                              Agak-agaknya apa yang terlintas di kepala bila baca tajuk ni ya? Si penajam batu,apa agaknya benda tu ya? Ini adalah kisah waktu kecilku dulu, ada ketikanya,terdengar dari jauh laungan "Tajam batu,tajam batu". Curiga dan penuh rasa ingin tahu lalu, ramai2 berserta kekawan yang lain berlari ke arah suara. Terlihat seorang lelaki India dengan beg berselimpang di bahu,melaung2 "Tajam batu,tajam batu" sambil pergi dari satu rumah ke satu rumah. Kalau ada yang inginkan khidmatnya,dia akan berhenti dan jalankan tugasnya.
 
                            Apa agaknya tugas si penajam batu ni ya? Sebenarnya, Si penajam batu ini memberi khidmat menajamkan batu giling yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Sekitar tahun 60an,70an  dulu, batu giling berfungsi sama seperti blender pada masa sekarang.Dahulu batu giling adalah alat yang digunakan bagi penyediaan bahan2 memasak.Ianya merupakan alat yang penting bagi menghancurkan rempah ratus atau lada kering dalam penyediaan memasak. Terdiri dari 2 bahagian iaitu batu hampar(batu induk) dan batu penggiling(anak batu). Bahan2 yang hendak digilling diletak ditengah2 batu induk,lalu anak batu pula digerakkan ke atas dan kebawah hinggalah bahan2 tersebut hancur dan lumat. Menggunakankan batu gilling ini tangan mudah terasa pijar kerana sewaktu menggiling tangan akan tersentuh bahan gilingan.
 
                           Ada ketikanya, bahan2 masakan tidak begitu lumat,ini bermakna batu induk sudah hilang fungsinya.Bagi memperbetulkan keadaan,khidmat si penajam batu diperlukan. Bagaimana caranya si penajam batu menajamkan balik batu yang kurang berfungsi tu,aku sendiri pun tak berapa ingat. Mungkin di rumah kita masih ada lagi batu penggiling ini kerana ia adalah warisan nenek moyang kita dulu.Anak2 sekarang mungkin tidak tahu apakah fungsi dan cara penggunaan batu giling ini. Hilangnya penggunaan si batu giling maka hilanglah juga kisah Si Penajam Batu.
 
                           Santai jap dan jawap soalan------kenapa bila kita naik teksi,pemandu teksi tak ambil duit
                                                                              dulu? Sila jawap......

2 comments:

miho amyra said...

dUit duLu mAne Laku...
hihi~
bEtuL x ? =p

iNa AMaNiE \ (^0^) / said...

Betul tu.....pandai adik kakak...
Tapi maaflah takde hadiah. Baju kita sama ke?