Friday, November 12, 2010

UPSR OH UPSR

  • Semalam result UPSR keluar. Tahun ni result terbaik dalam 4 tahun ni.Tapi result anak aku tetap sama tak naik2 sama saje.Sedih juga dengar anak org dapat result baik2 tapi nak buat mcmana apa yang dia dapat adalah apa yang dia usahakan selama ini. Kalau usaha lebih dapatlah lebih kalau tak itulah 
  • dapatnya.Dah 4 org ambil UPSR sama aje resultnya tak dapat nak bangga2.  Aku puas bebel suruh baca buku tapi tak diendahkannya.Aku boleh nasihat aje tapi kalau takde kesedaran gan kesungguhan dari tuan punya badan takjadi juga.Yang pentingnya anak2 tu ada kesedaran sendiri tuk belajar tuk tingkatkan prestasi diri.Lainlah kalau genius tak payah belajar teruk2,geniuslah katakan.Tu lah tak sedar diri tu kurang genius. Kalau dah kurang genius tu kenalah lebihkan usaha tuk buka buku, baca,mentelaah,buat latihan apa2 yang patut. Ni bila sebut buku aje macam taboo,kena sumpahan. Macamana agaknya nak timbulkan kesedaran dalam diri anak2 bahawa pelajaran itu penting.Harta takde tuk ditinggalkan. Yang termampu diberi adalah pelajaran.Tu pun kenalah usaha sendiri tuk cari,kaut sebanyaknya,nak suapkan ilmu tu memang tak boleh.Carilah sendiri dengan belajar bersungguh2.Kalau boleh disuap macam makan nasi,aku sanggup buat asalkan mereka pandai.Itulah aje harta yang boleh aku sebagai orangtua dapat berikan pada mereka.Tapi anak2 ni tak sedar2,tah bila akan sedar tak tahulah.Jangan tak sedar2 pulak,susah jawabnya.Bila ada kesedaran situlah datangnya kesungguhan tuk capai kejayaan dalam apa jua bidang.Moga hari yang mendatang menjanjikan seribu kebahgiaan buat kita.Sedarlah wahai anak2ku kesenangan,kejayaan,kekayaan,kebahagian tidak datang bergolek,semuanya kena kita usahakan dengan titik peluh kita sendiri.Barulah kita nikmati kemanisan usaha kita selama ini.Kebahagian bukan untuk dunia saja tapi akhirat juga.Jadi manusia yang beriman dan tahu asal usul serta merendah diri.Jadi manusia yang disayangi oleh semua orang.Insyallah.

No comments: