Wednesday, November 24, 2010

Imbauan kelmarin.


                         Zaman kanak-kanak memang seronok kan? Dah namanya kanak-kanak,takde kerisauan dan kerungsingan dalam hati. Ingat main dan seronok je.Zaman kanak2ku dah lama berlalu tetapi kenangan indah itu tetap terpahat dalam hati kecil ku ini. Lain orang lain ceritanya.Jadi sudilah berkongsi  kisah aku ini.
                        Atuk dan nenek aku bukannya orang senang. Atuk aku kerja dengan "gomen"(kerja gan goverment) di jabatan saliran.Nenek aku surirumah tapi minat  berniaga. Setiap hujung minggu dia berniaga.Sebelum pergi berniaga,nenek kumpulkan barang2 yang hendak diniagakan.Selalunya nenek petik pucuk ubi,pucuk paku,ikan kering dan macam2 lagi.Nenek cari kat kampung aje.Kadang2 nenek masuk hutan tuk cari pucuk paku atau pucuk ubi.Aku nak ikut tapi nenek tak kasi.  Nenek kumpulkan semuanya,ikat sayur tersebut dan letakkan disudut rumah.Ikan kering nenek beli dari orang,dua atau tiga guni sekali beli.Lepas tu atuk aku pulak susun 5 atau 6 ekor,cucuk ikan pakai jarum besar,benangnya tali rafia kemudian ikatkan.Siap semua susun dalam beg plastik.Nenek sewa teksi gi pasar. Pagi2 dia dah bertolak,petang baru balik bawa barang yang dia beli dari pasar. Kalau jualan tak abis dia tolak kat  orang.
                    Atuk aku pulak,biasalah orang lelaki suka lepak kat kedai mamak. Makan roti canai,minum air kopi.Bukannya nenek tak buat air kat rumah tapi tu adalah rutin hariannya. Setiap kali balik dari kedai mamak atuk,' jembet' makanan tuk kami kat rumah,Selalunya atuk beli roti canai. Yang aku tak boleh lupa tu,kuah roti canai diisi dalam tin susu.Tin susu yang dah kosong tu,ditebuk tutup atasnya pasang tali.Tin tulah yang digunakan untuk mengisi kuah roti canai untuk dibawa balik kerumah.La ni manalah nak dapat pemandangan macamtukan. Seronoknya.Rasanya pun lebih sedap.
                   Bila tiba musim buah-buahan pulak,lagi seronok. Pokok buah-buahan lebat berbuah.Pokok rambutan,langsat,duku,manggis juga durian semua berbuah.Muailah masa tu. Yang paling seronok tu bila tunggu buah durian gugur.Memandangkan pokok durian kat rumah atuk tak banyak, jadi tunggu durian kat rumah aje.Bila dengar bunyi "buk" aje,pakat lari ramai2 cari durian.Bestnya bila ambik durian baru gugur rasalah pengalaman buang daun-daun yang lekat kat duri durian tu. Buah durian ni kalau tak kutip cepat2 takut orang lain pulak yang kutip.Kalau ada duit lebih atuk pajak pokok buah kat kebun orang lain.Untuk makan sikit selebihnya buat jual.Kalau buah-buah terlebih banyaknya,sedekah kat jiran2 yang juga saudara2 terdekat. Kalau musim buah tiba,kumbang2 pulak banyak.Bau bunga yang harum tu menarik kumbang untuk datangKumbang ni bila dah terlebih banyak sampai masuk dalam rumah. Atuk ambil baldi ,isi air,kemudian tangkap kumbang2 yang jatuh masukkan dalam baldi.Tak tahu ya kenapa,mungkin takut kumbang rosakkan bunga kat pokok kot atau saja nak buat cucu2 suka.
                    Sekarang ni anak-anak aku tak akan merasa pengalaman sepertimana aku.Pokok buah kat kampung abis kena tebang sebab dah tua,nak tanam baru tanah dah tak subur,Jadi kalau nak makan buah terpaksalah beli.Kalau nak merasa pengalaman mengutip buah durian.kait rambutan atau petik buah manggis kena pergi "Homestay" yang tawarkan pakej sedemikian.Bolehlah merasa tunggu buah kat pondok atau belajar tutuh dahan tuk ambik buah rambutan,petik  kemudian masuk dalam bakul.
                    Pengalaman kita dan pengalaman anak-anak kita berbeza kerana zaman yang kita tinggal jauh berbeza dengan zaman mereka masa kini. Mereka mencipta pengalaman mereka bersesuian dengan  zaman mereka. Segala pengalaman yang tercipta ada keindahannya.Memori indah buat kita tersenyum,memori duka jangan dikenang jadikan ia pengajaran agar tidak terjadi kedua kali.Segala yang berlaku ada hikmahnya.Ku panjatkan AL FATIHAH buat arwah atuk dan nenekku,moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,AMIN....

3 comments:

IEKAH MOKRI said...

Ishhhh bestnya jadi kanak2 kan
tak perlu fikir mcm2 masalah
bestnyer duduk ngan atok n nenek
dorg selalu akan syg kita lebih

Dinaz said...

waa rindunya aku pd dorang ni kat kampung....cuti2 nk balik tp ibu ayah dok bz jer...huhuhu..bestnya klu dpt jd bebudak kecik cm si nakal diaumaitrisya...

miho amyra said...

oWh...Baru tAhu pasaL atOk...
sBLm nie tAkTau sGt pun...
huhu~