Sunday, November 21, 2010

                                                           Song Seung Heon ,salah seorang dari aktor kegemaran aku dari Korea.Merupakan seorang pelakon yang berbakat.Dilahirkan pada 1976 Oct 05 di Suyuri,Seoul, Korea Selatan.Seorang siswazah lulusan Visual Media dari universiti Kyunggi. Antara lakonan  yang mendapat sambutan hangat dari serata dunia ialah drama tahun 2000 "Autum In My Hearts".Kisah cinta yang sedih dan tidak kesampaian. Kisah cinta tiga segi antara kawan baik dan cinta terlarang antara abang dan adik angkat (tertukar ketika lahir).Kesudahan yang tidak mahu kita lihat. Berlakon disamping Won Bin,juga antara pelakon terkenal di Korea. Pada tahun 2003 pula, Song Seung Heon beraksi pula dalam drama "Summer Scent", sekali lagi sebuah kisah cinta tiga segi dengan tunang orang. Kenapa ya setiap kali mereka berjumpa,jantung mereka berdegup kencang seolah2 telah lama kenal? Kebetulan pula sang kekasih menerima heart transplant dari bekas kekasih terdahulu. Sebab itulah jantung mereka seolah2 kenal antara satu sama lain. Tahun 2008 pula menyaksikan Song Seung Heon sebagai seorang samseng yang lari dari penjara akibat memikul kesalahan adik kesayangannya. Akibat dari itu dia dibuang dari kelurga oleh ibunya. Keadaan bertambah rumit apabila rahsia adik yang disayangi adalah anak musuhnya manakala adiknya dibela oleh musuhnya,cerita yang rumit tetapi menarik tuk ditonton.Saksikanlah sendiri tuk mengetahui kisah selanjutnya. Bagi aku dia bukan saja handsome tertapi lakonannya menarik hati.Beliau amat terkenal di Jepun.Malaysia,tak tahulah pulak.Tak  sabar tuk menanti drama terbaru dari SONG SEUNG HEON.

No comments: