Saturday, November 20, 2010

Botakkan kepala!!!

                        Azizulhasni Awang botakkan kepala kerana nazar!!! Mana  taknya beliau berjaya juga mendapat pingat emas yang diidam2kan dalam acara keirin. Kejayaan kali ini adalah untuk menebus kekecewaannya dalam sukan Komanwell yang lalu.  Aksinya kali ini amat menarik tapi sayangnya aku tak dapat menyaksikan perlumbaan tersebut hingga keakhirnya kerana gangguan pada siaran tersebut. Punyalah frust tak dapat tengok Azizul naik podium dan mendengar alunan lagu Negaraku. Lebih manis lagi Josiah Ng juga berjaya menyumbangkan pingat perak buat Malaysia. Dua kalung TAHNIAH buat kedua2 pelumba tersebut atas usaha keras dan kegigihan mereka selama ini. Semoga mereka lebih berjaya pada masa akan datang. Ni aku tengah tunggu aksi dari atlet penerjun negara kita pula,moga mereka juga dapat memperagakan aksi yang tidak kurang menarik. Buat Bryan Lomas,Go Go FIGHTING. 

No comments: