Friday, November 12, 2010

Santapan rohani.

Dikabarkan bahawa keelokan dicipta atas tujuh bahagian: keindahan,kecantikan,penerangan,cahaya,kegelapan,kehalusan dan kelembutan. Dan tatkala makhluk diciptakan diberikan setiap makhluk ketujuh2 bahagian tersebut.Keindahan untuk syurga,kecantikan untuk para bidadari,penerangan untuk matahari,cahaya untuk bulan,kegelapan untuk malam,kehalusan dan kelembutan untuk angin dan dihiaskan alam yang besar ini iaitu langit dan bumi ini dengan bahagian2 tersebut.Ketika dicipta ADAM dan HAWA,dilengkapinya dengan sifat2 tujuh diatas iaitu keindahan untuk rohnya,kecantikan untuk lidahnya,penerangan untuk wajahnya,cahaya untuk matanya,kegelapan untuk rambutnya,kehalusan untuk hatinya dan kelembutan untuk rahsianya.Maka terciptalah manusia sebagai makhluk terbagus dari segala makhluk Tuhan.

No comments: