Sunday, November 28, 2010

TIPS: BAPA BENTUK PERIBADI ANAK.

  •                                  Berikut adalah beberapa tips kepada kaum bapa untuk menilai perbuatan mereka yang boleh memberi kesan terhadap anak-anak.Jadi cuba elak daripada melakukannya. Fungsi seorang bapa atau ketua keluarga sering dijadikan rujukan oleh anak untuk membesar dan bergaul dengan orang lain. Semoga memberi manfaat kepada semua. 
  •   Apabila bapa tidak menepati janji -----Anak terluka hatinya.     
  •   Apabila bapa tidak mahu mengakui kesalahannya-------Anak beraksi atas keangkuhan bapa.
  •   Apabila bapa tidak membahagikan masa dengan baik--------Anak merasa bapa terlalu sibuk baginya.
  •   Apabila bapa terlalu ketat dengan displin-------Anak memiliki semangat yang patah.
  •   Apabila bapa memberi terlalu banyak kebebasan------Anak menilai kebebasan sebagai suatu  bentuk penolakan. 
  •   Apabila bapa membiarkan orang tuanya----- Anak tidak menghormati nasihat datuk dan neneknya.
  •   Apabila bapa tidak mencintai ibunya------Anak merasa tersinggung atas perilaku bapa terhadap ibunya.  
  •   Apabila  bapa mengabaikan tuntutan agama------Anak menolak kekuasaan Tuhan dan kitab. 
  •   Apabila bapa tidak sabar terhadap anaknya-------Anak mencari hiburan bersama temannya. 
  •   Apabila bapa memiliki batasan tidak konsisten--------Anak membenci bapanya.

No comments: