Thursday, November 25, 2010

Gedung ilmu.

                                   Ari ni tetiba aje teringat jaman sekolah dedulu. Cuba cari laman web sekolah2 aku dulu,ada rupanya.Hai ,rindu bebetul dengan sekolah aku dulu. Kat situlah aku kenal erti kekawan,kepentingan ilmu dan macam2 lagi. Sebut pasal belajar ni,mak aku cakap,aku memang rajin belajar,pantang nampak buku,mesti nak tulis.Jadi umur 5 thn mak dah antar sdek tadika.Mak cakap,ni tentu angat2 tahi ayam aje tapi aku belajar  sampai abis tahun.
                                  Naik darjah 1,aku sekolah kat Masjid Tanah. Nama sekolah aku  SEK REN DATOK TAMBICHIK KARIM.Nak gi sekolah punyalah jauh.Bapa aku krja askar kat Sungai Udang. So ari2 gi sekolah naik trak askar(kembang,bangga). Sepanjang jalan nak gi sekolah tu penuh gan hutan simpan tempat askar2 berlatih,so pagi2 sejuk sangat,tapi segar.Trak tu pulak kekadang pasang bumbung,kekadang botak.Kalau ari ujan,trak pulak botak abislah kami gi sekolah lencun(tak sempat psg bumbung,gamaknya).Masa aku sekolah dulu takde UPSR,kami priksa Penilaian Darjah 5. Aku taklah pandai sangat tapi aku dapat 4A1B,pandailah tu.Result kala tu taklah macam sekarang,berpuluh2  dapat 5A. Yang dapat 5A,3 org aje,4A 1B,sorang(akulah tu), 4A 1C sorang. Coz of that aku dapat tawaran gi boarding school(bangga betul).
                                Tingkatan 1,bermulalah kehidupan mandiri aku. Bayangkan umur 13 tahun hidup sendiri. Patutnya duduk rmh belajar memasak. Nak tahu aku sekolah kat mana. SEK MUZAFFAR SYAH MELAKA (MOZAC). Bangga lagi coz bukan semua orang boleh masuk situ. Belajar,belajar,belajar memang aku suka. Yang tak sedapnya sekolah aku ni atas bukit,selalu sangat takde air(sekarang tak tahulah,kot2 dah up grade).Aku belajar sampailah aku tingkatan 5. Banyak kenangan pahit,manis kat Mozac ni. Kawan2 yang belajar bersama dah macam adik beradik( 5 tahun kelas yang sama), kawan2 satu asrama walau berlainan dorm,senior,junior yang silih berganti merekalah tempat bergantung. SPM, results kurang baik. Kekawan gi KPP,ada masuk matrikulasi.Aku.....frust gak.
                               Dapat tawaran gi tingkatan 6,syukur sesangat. Hidup aku bosan kalau tak belajar. Form 6 aku sekolah kat SEK MEN MUNSHI ABDULLAH kat Batu Berendam. Abah suruh aku ambil perdagangan,tak boleh sebab takde basic. Terpaksa ambil sastera,senang tu. Tiap ari gi sekolah naik bas, pengalaman tu.Tak nak dah duduk asrama lagi,bosanlah pulak. STPM results memberangsangkan 4P1R. As usual tak ramai yang dapat result bagus. Ambik borang masuk U,jumpa guru kaunseling minta nasihat. Isi borang dan tunggu.
                             Satu pagi yang cerah,posman datang antar surat.Aku berjaya....HORAY!!. Aku dapat masuk UKM. Happy sesangat. Happy coz dapat happykan mak dan abah. 4 tahun aku menimba ilmu di UKM. Kursus yang ditawarkan tak sebanyak sekarang. .Peluang pekerjaan selepas abis belajar tak banyak.Ramai memilih untuk menjadi guru,itu pun terpaksa ambil diploma pendidikan selama setahun. Sekarang pelbagai kursus telah ditawarkan di Universiti2, baik kerajaan mahupun swasta.Pelajar2 punya lebih peluang untuk memilih  bidang kursus yang diminati. So .merasalah juga aku masuk U dan menjalani kehidupan kampus,gi kuliah,masuk kelas tutorial,mentelaah pelajaran di perpustakaan,menghadiri perjumpaan kelab anak negeri,berpeluang pergi ke program khidmat masyarakat dan macam2 lagi. Memang seronok.Pengalaman lepas sedikit sebanyak membantu aku  berdikari. 3 tahun aku duduk di kampus siswa.Aku duduk kamsis RAHIM KAJAI.Tak lah jauh sangat dari fakulti aku.Aku masuk Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan(FSKK).Tahun 4 aku major dalam Sains Politik.Merasalah aku diajar oleh En. Agus. Mentor aku En. Ghazali Mahyuddin.Tahun 4 kena tulis tesis(meletup kepala). Tahun 4 juga menyaksikan aku terpaksa duduk menyewa diluar gan kekawan.Terpaksa gi kuliah naik bas,pengelaman juga tu.Seniorlah katakan.Akhirnya aku berjaya menghabiskan pengajian aku dan mendapat segulung IJAZAH.Ijazah tu buat mak dan abah atas pengorbanan dan doa mereka.Buat teman2 pasti korang dah berjayakan....Teman serumah Jidah,Linda.Za dan Zee,apa kbr? Teman2 sekuliah Eda,Ibrahim,Aisyah,Suria,Cikgu Yan,Cikgu Maryam,kak Umi,Wani,kak Marina Wahab,kak Jue dan ramai lagi.ingat aku lagi tak????
                               Aku menulis ni bukan tuk mengepak,aku tahu ramai yang lebih hebat dari aku.Ianya lebih sebagai peringatan buat aku untuk anak2 aku. Persaingan ketika ini makin sengit.Mereka yang rajin dan pandai mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya.Mereka yang leka pasti tertinggal. Dari peratus pelajar2 yang mendapat kejayaan cemerlang,aku boleh lihat dimana kedudukan anak2 aku masa akan datang. Jika mereka mahu berjaya mereka kena gandakan usaha mereka. Mereka yang berijazah pun belum tentu dapat kerja,inikan pula orang2 yang hanya so-so saja.Apa agaknya nasib anak2 aku jika mereka masih leka dengan dunia mereka sendiri.....Dengarlah nasihat ibumu ini,wahai anak-anakku.....Capai sesuatu yang lebih baik dari ibumu ini.......
                              Sesekali bila balik kampung,lalu depan sekolah kat Ayer Keroh, cakap kat anak..."Tulah sekolah umi dulu".Bangganya....

No comments: