Saturday, January 1, 2011

SALAM TAHUN BARU 2011.

                                Tahun baru ini,aku mulakan dengan kesibukan menguruskan persekolahan anak-anak. Bermula dari akhir tahun dan bersambung ke awal tahun segala-galanya tentang anak-anak. Tinggal 2 hari saja persekolahan akan bermula,semoga tahun ini anak-anak akan lebih rajin belajar dan berusaha dengan lebih tekun untuk berjaya dalam pelajaran. Harap-harap bukan ibu dan bapa sahaja yang teruja menyiap dan melengkapkan keperluan persekolahan anak-anak,biarlah anak-anak juga lebih teruja untuk belajar sempena tahun baru ini.

                              Sebagai ibu,aku sentiasa bersedia menyokong anak-anak dari belakang,menjadi tulang belakang yang kukuh untuk anak-anak bersandar dan bergantung harap. Moga tahun ini tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya dari segala segi terutamanya untuk anak-anak.Dua orang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun hadapan. Timbulkanlah kesedaran dalam diri anak-anak ini untuk berjaya dalam pelajaran. Lupakan dahulu hal-hal lain yang kurang penting dan tumpukan perhatian pada peperiksaan yang akan datang. Pesanan ini buat semua anak-anakku yang masih di alam persekolahan,timbalah ilmu sebanyak mungkin,jadikan diri kita orang yang berilmu kerana apabila ilmu penuh di dada kita akan jadi orang yang budiman,bertimbang rasa dan bertanggungjawab untuk diri,keluarga,masyarakat dan negara.Insyallah hidup kita akan senang,Juga jangan hanya mencari ilmu dunia,seimbangkan juga dengan ilmu agama untuksantapan rohani. Amin....

No comments: