Mula2 my Hubby tunjukkan warkah ni melenting juga aku. Ya lah ala2 nak memandang rendah kat kaum Hawa aje. Dia kata bacalah dulu.Ya tak ya juga, bacalah dulu sebelum nak marah. Aku pun bacalah. Rasa-rasanya perlu untuk dikongsi dengan sesapa yang sudi. Renungkan dan fikirkanlah .Inilah warkahnya:
WANITA : AKALNYA SENIPIS RAMBUTNYA
Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun teras sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka, hati, fikiran,
dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walaupun ada segalanya...
Apa yang tidak ada di syurga,
Namun Adam tetap rindukan Hawa,
Pada wanitalah lelaki memanggil
ibu, isteri ataupun puteri,
Dijadikan wanita dari
tulang rusuk yang bengkok,
Untuk diluruskan oleh lelaki,
Tapi kalau lelaki sendiri tidak lurus....
Mana mungkin kayu yang bengkok
menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah,
Kerana mereka dicipta
sebegitu oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya,
Janganlah cuba
menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka semakin liar,
Janganlah
menghiburkan mereka dengan kecantikkan,
Kerana nantinya mereka semakin menderita,
Yang sementara itu
tidak dapat menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada Allah,
Zat yang kekal,
Di situlah punca kekuatan dunia,
Akal senipis rambutnya,
tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca,
kuatkan ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera,
hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia,
kerana dari situlah nantinya
mereka akan melihat,
Nilaian dan keadilan Tuhan...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa,
Kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan,
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan...
Tanpa ilmu, iman dan akhlak,
Mereka tidak akan lurus
bahkan akan membengkok,
Itulah akibatnya
andainya wanita tidak kenal Tuhannya
Bila wanita derhaka,
dunia lelaki akan huru hara,
Lelaki pula
janganlah mengharapkan ketaatan
tetapi binalah kepimpinan,
Pastikan
sebelum memimpin wanita menuju Illahi,
Pimpinlah diri sendiri kepadaNya,
Jinakkan diri pada Allah,
Nescaya akan jinak segala-galanya,
Dibawah pimpinanmu....
Janganlah mengharapkan isteri semulia
Fatimah Az-Zahra'
Andai peribadimu tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahu Wajhah...
No comments:
Post a Comment